Sunday 23 September 2012

`Manifesto Bukan Perjanjian’ - Pendekatan Pembangkang Perdaya Rakyat


Kenyataan bahawa manifesto bukan janji memang merupakan cara pakatan pembangkang untuk memperdayakan rakyat dan mereka hanya akan berjalan-jalan, bercakap-cakap , bawa  fitnah tetapi tidak akan menunaikan apa yang mereka katakana atau mereka janjikan, ujar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Saya berkeyakinan bahawa rakyat akan sedar dan apabila rakyat mula ambil tindakan, tiap-tiap apa yang berlaku kepada mereka (pembangkang), mereka akan menuding jari menyalahkan UMNO, BN.

Macam mereka ambil juga kawan-kawan dari UMNO dulu, yang barangkali kecewa berpihak kepada mereka, ketika mereka dalam UMNO dulu, mereka ini jahat, busuk dan macam-macamlah tetapi apabila dah berpihak kepada mereka, mereka (pembangkang) akan kata mereka (bekas-bekas pemimpin UMNO yang menyokong pembangkang sekarang) baik, harum, wangi dan sebagainya,” ujarnya mengulas kemelut politik Selangor dan kenyataan Khalid Ibrahim baru-baru ini bahawa manifesto PRU12 bukanlah satu perjanjian.

Tambahnya, inilah kerja pembangkang dan beliau berkeyakinan bahawa rakyat mula sedar dan kerana itulah rakyat mengambil tindakan malah di pihak BN sendiri, rasa gembira kerana setiap negeri yang pembangkang jadi kerajaan, rakyat dah mula kembali dan datang untuk bertemu dengan kepimpinan BN untuk mendapatkan bantuan walaupun mereka tahu BN bukan kerajaan negeri.

“Ini menunjukkan rakyat sudah mula bosan dengan apa yang mereka sebutkan dan UMNO serta Bn tidak langsung terlibat dalam apa yang dilakukan oleh rakyat untuk menghukum mereka,” ujarnya lagi mengulas tindakan segelintir rakyat Selangor khususnya tindakan penghuni-penghuni apartmen dan flat di Selangor mengambil tindakan menyaman kerajaan negeri dalam mendapatkan semula hak air percuma seperti yang dijanjikan pakatan pembangkang pada PRU12 yang lalu.





Wednesday 19 September 2012

Khalid Ibrahim Berdolak-Dalik Tangani Isu Tuntutan Air Percuma - GPRS


Gerakan Prihatin Rakyat Selangor melihat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hanya berdolak-dalik dalam menangani isu tuntutan air percuma ini.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, apa yang dituntut oleh penduduk dan rakyat Selangor ini sangat jelas, air percuma diberikan serta merta dan dibayar tunggakan bermula dari tahun 2008 hingga ke hari ini kepada mereka yang belum menerima air percuma ini.

“Jadi Menteri Besar tak perlu berdolak dalik, kalau inilah kerja MB, sedia disaman dan kerajaan negeri sedia untuk berhadapan dengan saman penduduk, ini sebenarnya bukan penyelesaian. Kita nampak ini bukanlah satu tindakan yang tidak bijak dan Exco-exconya pun berdolak dalik serta tidak ada satu langkah atau usaha yang dibuat oleh Menteri Besar sebagai respon terhadap apa yang dibuat dan disuarakan oleh penduduk.

Selepas ini, dengan respon dan maklum balas yang diterima, saya yakin lebih banyak penduduk yang akan menfailkan saman-saman terhadap MB dan kerajaan negeri Selangor kerana mereka (MB dan kerajaan negeri) yang memulakan provokasi kepada penduduk-penduduk yang tidak mendapat air percuma. Kita bercabap hanya untuk mereka yang belum dapat air percuma, yang menuntut ini ialah mereka yang bukan sahaja tidak mendapat malah belum merasa air percuma, dalam nilai duit ataupun air itu sendiri,” ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama dengan sebahagian penduduk yang menfailkan saman di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 2,020 pengguna air dari kawasan Shah Alam dan Petaling Jaya hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM1.1 juta terhadap kerajaan negeri Selangor atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma.

Selain kerajaan negeri sebagai defendan pertama, plaintif, Kamarulazman Kamarudin yang mewakili 2,019 pengguna air lain turut menamakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.

Mereka memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.45 pagi ini melalui Tetuan Kamarudin & Partners. 

2,020 Penduduk Shah Alam Dan PJ Saman Kerajaan Negeri Tuntut Ganti Rugi RM1.1juta



Shah Alam, 19 September - Seramai 2,020 pengguna air dari kawasan Shah Alam dan Petaling Jaya hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM1.1 juta terhadap kerajaan negeri Selangor atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma.

Selain kerajaan negeri sebagai defendan pertama, plaintif, Kamarulazman Kamarudin yang mewakili 2,019 pengguna air lain turut menamakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.

Mereka memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.45 pagi ini melalui Tetuan Kamarudin & Partners. 

Dalam masa yang sama, peguam, Kamarudin Ahmad berkata, saman tuntutan tersebut merupakan yang kumpulan kedua yang dilakukan selepas kumpulan pertama yang terdiri 711 pengguna air di negeri ini membuat tuntutan berhubung subsidi air percuma pada 11 September lalu.

Katanya, pihak plaintif yang terdiri daripada penduduk pangsapuri di kawasan Seksyen 7, Seksyen 18 serta Bukit Subang masing-masing di Shah Alam serta Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya.

"Pihak plaintif yang menghuni pangsapuri kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang didakwa diamalkan oleh kerajaan negeri dalam isu pemberian air percuma. Kerajaan negeri telah mengutamakan penduduk rumah teres dan banglo dari golongan kelas memengah dan atasan dalam Skim air Percuma ini.

"Pihak plaintif adalah pengguna meter pukal. Manifesto pakatan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 telah menjanjikan bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat bahawa pengguna air mesti menggunakan meter individu," katanya.

Berdasarkan writ saman yang dikemukakan, plaintif membuat enam tuntutan yang antaranya meminta satu deklarasi bahawa Skim Air Percuma yang dijanjikan defendan pertama merangkumi semua pengguna air di Selangor tidak mengira sama ada mereka terdiri dari pengguna meter pukal mahupun individu.

Selain itu, plaintif turut menuntut satu perintah injunksi mandatori supaya defendan ketiga mengeluarkan bil-bil air dengan rebat atau potongan yang dijanjikan kepada plaintif-plaintif. 

Pada masa yang sama, saman tuntutan tersebut turut melibatkan gantirugi membabitkan jumlah sebanyak RM1.1 juta daripada defendan pertama atau defendan ketiga termasuk faedah pada kadar 4 peratus setahun dari tarikh saman tuntutan difailkan sehingga penyelesaian penuh. 

Jelasnya lagi, pihaknya menjangkakan lebih 2,000 pengguna air dari kawasan Kinrara, Puchong dan Sungai Long, Hulu Langat akan memfailkan saman tuntutan yang sama pada Rabu depan.

Monday 17 September 2012

Rakyat semakin sedar pembohongan kerajaan negeri - GPRS



Hulu Langat – Demonstrasi  demi demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat menuntut air percuma adalah manifestasi kesedaran rakyat terhadap pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) berkata, demonstrasi yang dilakukan oleh  penduduk Pangsapuri Angsana, Bandar Mahkota Cheras hari ini adalah luahan rasa kecewa dengan sikap lidah bercabang kerajaan negeri yang berdolak-dalik dan enggan menunaikan janji mereka.

“Demontrasi ini juga adalah rentetan desakan dilakukan penduduk di Pangsapuri Menteri Court di Petaling Jaya dan Pangsapuri Lavender Vista di Puchong yang sehingga kini masih dinafikan hak menerima air percuma dengan alasan menggunakan meter pukal.

Malah, rakyat yang berasa tertipu dengan janji manifesto kerajaan negeri turut memfailkan saman di mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tuntutan oleh 683 pengguna air itu merupakan kumpulan pertama dari kawasan Shah Alam dan akan diikuti oleh pengguna air dari kawasan lain di negeri ini,” ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama dalam demostrasi aman bersama penduduk Pangsapuri Angsana, Bandar Mahkota Cheras.

Tambahnya, tidak mustahil sekiranya penduduk di Pangsapuri Angsana yang mengandungi 3 blok dan 560 unit rumah akan mengambil tindakan yang sama sekiranya kerajaan negeri masih berdolak-dalik untuk tidak memberikan air percuma atau enggan membayar pampasan.

Penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan alasan memandangkan perkara itu telah dijanjikan kepada semua pemilik kediaman di seluruh Selangor sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri ini.

Lebih mengecewakan kerajaan negeri lebih mengutamakan penduduk rumah teres dan rumah banglo daripada golongan kelas menengah dan atasan dalam skim air percuma tersebut, manakala golongan yang lebih memerlukan telah dinafikan hak.

“Laporan akhbar baru-baru ini menyebut para penghuni membabitkan 1,378 buah pangsapuri dan kondominium di beberapa daerah di negeri ini dikesan belum menerima kemudahan air percuma seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sejak Ogos 2008.

Perangkaan tersebut melibatkan sebanyak 479 buah pangsapuri di Petaling Jaya, Gombak (462) dan Klang (273) yang jika puratanya melibatkan 500 pemegang akaun perkhidmatan bekalan bagi setiap premis kediaman itu. Jumlah keseluruhan penghuni boleh mencecah sehingga 689,000 orang manakala jumlah tunggakan subsidi air percuma hampir RM300 juta.
 
Mengikut definisi melalui manifesto parti pembangkang, setiap rakyat negeri ini yang mempunyai akaun bekalan air adalah layak menerima subsidi sebanyak RM11.40 setiap bulan dan kalau dihitung sejak 2008, mereka mempunyai tunggakan sebanyak RM570 setiap seorang,” tambahnya.

Kerajaan negeri sebelum ini menolak tuntutan tunggakan air percuma tersebut sebaliknya mahu penduduk menukar meter air pukal kepada meter air individu bagi membolehkan penghuni pangsapuri dan kondominium di negeri ini menikmati skim air percuma tersebut.

Jika tidak mampu melaksanakan, lebih baik tidak perlu berjanji. Rakyat di negeri Selangor semakin sedar pembohongan yang dilakukan kerajaan negeri termasuk mengatakan ‘manifesto bukan janji’ sebagai alasan untuk melarikan diri daripada tanggungjawab.

“Justeru terserah kepada rakyat Selangor  untuk membuat penilaian sama ada mahu mengekalkan kerajaan negeri yang kuat temberang atau kerajaan yang lebih berkredibiliti yang mengutamakan rakyat dalam setiap pelaksanaan.

Malah timbulnya pelbagai isu sepanjang kerajaan PKR memerintah negeri Selangor, membolehkan rakyat membuat pertimbangan tepat terhadap keupayaan kepimpinannya. Ini cukup penting bagi rakyat membuat keputusan pada pilihan raya umum tidak lama lagi,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Penduduk Pangsapuri Angsana, Bandar Mahkota Pula Tuntut Janji PR Selangor


Penduduk Pangsapuri Angsana, Bandar Mahkota Cheras hari ini menyerahkan memorandum menuntut Kerajaan Negeri menunaikan janji berhubung isu pemberian air percuma kepada Peguambela,  Kamarudin Ahmad.

Penyerahan memo tersebut diadakan di Kawasan Pangsapuri Angsana dan turut dihadiri oleh Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan.

Kamarudin berkata beliau akan menfailkan 2000 saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, di Makhamah Tinggi Shah Alam pada 19 September ini.

"Penduduk tidak perlu risau mengenai kos guaman kerana saya akan memberikan perkhidmatan percuma kepada mereka.

"Cuma saya berharap agar mereka (penduduk) tampil ke hadapan untuk menuntut hak mereka kepada kerajaan kerana sebagai pengguna, mereka berhak membuat sedemikian ," katanya kepada pemberita di sidang media di Pangsapuri Angsana di sini hari ini.

Sebelum ini, seramai 711 pengguna air di Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar, Tan Abdul Khalid Ibrahim, atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Sementara itu, Datuk Sohaimi berkata, beliau melihat situasi ini sebagai satu penindasan kepada rakyat negeri Selangor yang telah dijanjikan dalam manifesto dan mereka di anak tirikan.

"Tindakan menyaman kerajaan negeri ini adalah satu tindakan yang telah difikirkan oleh rakyat sebagai satu pengajaran (kepada kerajaan negeri),"tambahnya lagi.

Sementara itu, penduduk Pangsapuri Angsana mengadakan demonstrasi bagi menuntut hak mereka kepada kerajaan Selangor yang enggan memberikan air percuma di kawasan itu.

Demontrasi secara aman dengan menyaksikan lebih kurang 100 orang penduduk turun padang bagi melaungkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan yang mempergunakan mereka sebagai golongan bawahan.

Wednesday 12 September 2012

Kerajaan Negeri Perlu Bertanggungjawab Atas Janji & Manifesto PRU12- GPRS


Kumpulan pertama 711 pengguna air Selangor yang hari ini menfailkan saman tuntutan kepada Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar dan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini kerana Menteri Besar menyatakan bahawa manifesto bukan satu janji sedangkan pelaksanaan air percuma telah dibuat di negeri Selangor selepas pakatan pembangkang memerintah negeri Selangor tetapi memilih-milih kumpulan yang menerima air percuma ini.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, meraka kan menfailkan saman ini merupakan kumpulan yang tertindas atau mereka yang teraniaya dengan tindakan kerajaan negeri kerana tidak mendapat air percuma, 20 meter padu seperti yang dijanjikan, nilainya RM11.40.

“Ramai yang sudah berhubung dengan kita, selain memberikan respon balas di website GPRS dan blog www.hasrat-selangor.blogspot.com , daripada blog, maklumat yang kita dapat akan dikumpulkan dan kumpulan ini makin bertambah dan mereka perlukan khidmat guaman dari rakan-rakan peguam untuk failkan. Kerajaan negeri juga telah menyatakan bahawa mereka sudah bersedia untuk disaman.

Gerakan ini akan berterusan setiap masa, setiap minggu kerana kumpulan-kupulan yang berbeza, dari apartmen-apartmen dan perumahan yang berlainan di kawasan dalam negeri Selangor ini yang kita anggarkan lebih dari 689,000 unit,” ujarnya kepada pemberita selepas bertemu kumpulan pertama penduduk yang menfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri di Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini hari ini.

GPRS menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu bertanggungjawab atas janji dan manifesto yang mereka buat dalam PRU12, perlu sama rata memberikan air ini kepada semua rakyat tanpa mengira duduk di rumah flat, teres atau rumah banglo dan perlu membayar kembali mana yang belum mereka lunaskan.

“Kalau 50 bulan, lebih kurang RM570 untuk satu pemegang akaun. Kawasan perumahan yang telah kita kenalpasti di Petaling Jaya ada 479 kawasan perumahan, Klang ada 273, Gombak (462), Hulu Langat (84), Kuala Langat (10), Hulu Selangor (23), Kuala Selangor (7) dan Sepang (40). Jumlah keseluruhan 1,378 kawasan perumahan.

Kita minta satu keadilan dan ketelusan seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri untuk ‘negeri berkebajikan’ kononnya, tolong prihatin dan peka terhadap permintaan rakyat Selangor. Mereka tak minta lebih, mereka tak minta kurang, mereka minta hal mereka, hak yang patut mereka dapat dalam manifesto yang dijanjikan,” ujarnya yang juag EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.  

Tuesday 11 September 2012

711 Pengguna Air Selangor Mulakan Langkah Saman Kerajaan Negeri


Hari ini seramai 711 pengguna air di Negeri Selangor menfailkan saman tuntutan ke atas kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), ujar peguam, Kamaruddin Ahmad yang mewakili pihak Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) bagi membantu penduduk Selangor dalam urusan guaman mereka.


Ujarnya, asas pertama saman tuntutan plaintif ini bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma kerajaan negeri Selangor ialah Manifesto Pakatan Pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008.

“Manifesto PRU-12 Pakatan amat jelas dibaca dan difahami oleh semua pengguna air sebagai pemberian air percuma untuk 20 meter padu pertama setiap bulan bagi setiap pengguna air domestik di negeri Selangor, tidak kira samada pengguna air tersebut menggunakan meter individu mahupun meter pukal.
 
Asas kedua saman tuntutan plaintif ialah kegagalan kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar (MB) dalam melaksanakan program penukaran meter individu yang diumumkan pada tahun 2007,” ujarnya kepada penberita selepas memfailkan saman tuntutan ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi.

Sehubungan dengan itu, kegagalan kesemua defendan dalam menyelesaikan penukaran meter pukal kepada meter individu dalam tempoh yang munasabah telah menafikan hak pengguna air menikmati skim air percuma.

“Plaintif berpendapat tidak adil dan tidak munasabah kerajaan Negeri Selangor menghukum plaintif secara menafikan hak air percuma sedangkan kegunaan meter pukal sehingga ke hari ini adalah kegagalan kerajaan negeri dan kesemua defendan dalam melaksanakan program penukaran meter air.

Jumlah tuntutan plaintif ialah RM570 seorang (jumlah keseluruhan adalah seramai 711 orang)  menjadikan jumlah besar tuntutan sebanyak RM405, 270 (RM: empat ratus lima ribu, dua ratus tujuh puluh sahaja),” tambahnya.

Dalam perkembangan sama, Firma Guaman Kamaruddin & Partner telah pun dilantik sejak tiga (3) hari lalu oleh seramai 2000 orang pengguna dari Lembah Klang untuk membawa tuntutan sudsidi air mereka ke mahkamah. 

Saturday 8 September 2012

Air Percuma: GPRS Cabar Khalid Ibrahim Tunaikan Janji Atau Letak Jawatan


Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau tidak boleh dan mampu melunaskan janji-janji dalam manifesto PKR dan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, beliau terperanjat dengan kenyataan Menteri Besar baru-baru ini bahawa manifesto air percuma PRU12 yang lalu bukan satu perjanjian.

“Jadi kita nak desak Menteri Besar kalau dia tak boleh tunaikan manifesto parti yang beliau wakili, letak jawatan. Beliau boleh letak jawatan dan bagi tanggungjawab dan amanah tersebut kepada orang yang boleh menunaikan manifesto yang dijanjikan PKR dalam PRU 2008.

Dalam hal ini kita tak cerita dalam banyak hal yang ada dalam manifesto, tetapi kita bercakap dalam satu soal sahaja iaitu air percuma kepada rakyat negeri Selangor yang layak,” ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama dalam demostrasi aman menuntut air percuma oleh penduduk Pangsapuri Vista Lavender di sini hari ini.

Tambahnya, penduduk Lavender Vista berdemostrasi haru ini adakah untuk menuntut hak mereka untuk mendapatkan air percuma seperti yang tercatat dalam manifesto pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

“Jadi di Vista Lavender ini ada lapan blok, semuanya ada 1970 unit rumah yang mewakili beribu-ribu penduduk di sini yang tidak pernah mendapat air percuma sejak 2008, mereka juga layak mendapat air percuma ini.

Apa yang mereka tuntut dari kerajaan negeri jelas. Pertamanya, air percuma secara serta merta dan keduanya, kerajaan negeri bayar RM11.40 kepada setiap individu di kawasan ini bermula dari tahun 2008. Ketiga, kita nak ingatkan kerajaan negeri agat tidak menjadikan alasan meter pukal sebagai helah. Jangan momok-momokkan pemikiran rakyat, jangan tipu dan kelentong rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, jangan jadikan alasan meter pukal untuk tidak memberi air percuma kerana dalam manifesto mereka tidak pernah menyatakan meter pukal dan sebagainya untuk diberikan air percuma. 

“Rakyat di sini bangkit atas kesedaran. Kami di GPRS menyediakan khidmat guaman percuma kepada mereka kalau mereka mahu membuat tuntutan di mahkamah kerana kita sedar sebagai rakyat negeri Selangor yang prihatin, pelaksanakan dalam manifesto mesti dibuat bila kerajaan negeri ditadbir atau menang, manisfesto juga perlu diselaraskan di negeri Selangor tanpa pilih kasih.

Rakyat juga boleh melayari blog www.hasrat-selangor.blogspot.com untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka selain menyalurkan maklumat. Saya harap agar seluruh rakyat Selangor yang belum dapat air percuma ini agar bersama-sama bersatu dengan rakan-rakan kita di Lavender Vista supaya bangkit menuntut hak kita,” ujarnya lagi.

Kerajaan Selangor Kena Tepati Janji Pemberian Air Percuma Kepada Semua Rakyat Tanpa Ada Alasan


Selepas penduduk Apartmen Mentari Court mengadakan demostari aman dua minggu lepas untuk menuntut pampasan air percuma dari kerajaan Selangor, hari ini sekali lagi kerajaan Selangor mendapat desakan bagi tujuan yang sama.

Kira-kira 300 orang penduduk Apartmen Lavender Vista hari ini tampil membuat tuntutan yang sama, menerusi JMB dan Persatuan Penduduk Lavender Vista.

Wakil penduduk, John Dawson berkata, terbukti kerajaan Selangor dan Khalid Ibrahim menipu dan memperdayakan rakyat, khususnya rakyat Selangor dengan mengumpan memberikan air percuma.

“Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Selangor Bersih, Maju Dan Berkebajikan telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Malangnya, selepas diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa pada janji mereka. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan Selangor hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Ini kerana air percuma ini hanya dinikmati oleh pengguna yang menggunakan meter individu, itupun setelah desakan bertubi-tubi oleh pelbagai pihak agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji itu,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan demostrasi aman di sini, hari ini.

Tambahnya, pengguna meter pukal seperti di flat kos renah, pangsapuri dan kondominium kini masih mengigit jari dan kempunan untuk menikmati air percuma ini, hanya kerana  tidak mempunyai meter individu dan ini hanya alasan untuk mengelak dari menanggung kesilapan pentadbiran kerajaan Pakatan Selangor dalam memberi janji.

“demostrasi secar aman yang dilakukan penduduk di pangsapuri Lavender Vista, Kinrara Puchong hari ini adalah manifestasi tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin kerajaan negeri Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma dan sebagai rakyat Selangor, kami tetap menuntut janji yang telah diberikan tanpa ada alasan lain untuk mengelak dari membayarnya.

Tunggakan hutang selama 50 bulan oleh kerajaan Khalid kepada rakyat Selangor mesti ditunaikan dan perlu kami ingatkan bahawa persoalan migrasi meter tiada kena menggena dengan tuntutan kami ini.

Kami tidak akan berhenti menuntut janji ini kerana janji tetap janji kerana kami telah pun memberi undi kami dulu kepada kerajaan Khalid dan sekarang kami menuntut janji tersebut,” ujarnya lagi. - GPRS

Saturday 1 September 2012

Manifesto Putar Alam- MB Selangor Tipu Rakyat Di Ambang Merdeka



Rakyat terperanjat bila Menteri Besar Selangor menyebut manifesto pakatan 2008 bukanlah satu perjanjian, jadi ianya tidaklah perlu ditunaikan.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, amat tidak disangka setelah lebih 55 tahun kita merdeka kita mempunyai Menteri Besar yang memiliki tahap kefahaman sistem pemerintahan demokrasi yang sangat lemah.

“GAPS beranggapan manifesto pakatan 2008 yang tidak perlu ditepati itu adalah manifesto pakatan putar alam yang setaraf dengan manifesto sistem pemerintahan komunis dan sosialis.

Amat menyedihkan 4 tahun lebih DAP, PKR dan Pas memerintah Selangor banyak skandal yang berlaku dari skandal kewangan seperti skandal Talam, Pkns, Yayasan Selangor ke skandal moral seperti Exco telanjang dan penasihat ekonomi beraksi video lucah. Rupa-rupanya ini semua ini dirancang untuk berlaku sesuai kerana manifesto mereka adalah manifesto tempelan, pembohongan dan penipuan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia merdeka kali ke 55, namun Selangor terus berada diambang kebobrokan kerana mempunyai Menteri Besar yang mempunyai mentaliti kepimpinan yang rendah setaraf dengan anak tadika yang baru mengenal erti merdeka.

“GAPS mengulangi pendirian bahawa setiap isi rumah di negeri Selangor tak kira rumah batu, rumah kayu, rumah banglo, rumah teres, rumah condo, rumah apartment, rumah pangsa, semuanya layak menuntut janji 20m3 air percuma dari pentadbiran DAP, PKR, Pas Selangor bermula dari April 2008 hingga ke hari ini sesuai dengan Manifesto pakatan 2008,” ujarnya yang juga mantak Ketua AMK Negeri Selangor.

Khalid Masuk Perangkap, manifesto pembangkang tidak boleh dipercayai


Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa manifesto parti pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu ‘bukan satu perjanjian’ membuktikan sikap munafik pakatan pembangkang.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, kenyataan Abdul Khalid itu bukan sahaja membuka tembelang Kerajaan Negeri bahkan membuktikan manifesto yang dilaungkan pada pilihan raya umum lalu sehingga berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Selangor tidak boleh pakai.

“Abdul Khalid nampaknya sudah masuk perangkap yang diciptanya sendiri dan kata-katanya kitu membuktikan bahawa kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui PKR hanya bijak menabur janji termasuk memberikan bulan dan bintang  tidak boleh dipercayai lagi.

Rakyat perlu membuka mata pada pilihan raya umum akan datang kerana setiap janji manis yang dizahirkan melalui manifesto pembangkang tidak lebih daripada sekadar ‘gula-gula’ untuk menarik sokongan rakyat semata-mata,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini di sini.

Tambahnya, manifesto adalah  penyataan umum atau deklarasi yang digunakan oleh seseorang atau parti politikyang bertanding pada pilihan raya umum sebagai dasar perjuangan bagi menarik sokongan pengundi.

Melalui manifesto, calon atau parti politik yang bertanding akan dinilai oleh pengundi sama ada orang yang mereka pilih itu nanti akan dapat membawa perubahan atau kemajuan kepada mereka dan merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

“Manifesto yang digariskan itu perlu dilaksanakan sebagai membuktikan kewibawaan dan kredibiliti  individu atau parti politik yang menang kerana kerana manifesto itulah mereka mendapat undi rakyat.

Daripada kenyataan yang diberikan oleh Abdul Khalid secara terbuka itu, jelas manifesto pakatan pembangkang  yang kononnya memperjuangkan ‘Negeri Berkebajikan’ itu hanya retorik semata-mata dan mereka tidak rasa bersalah sedikit pun  kerana membohongi rakyat.

Bukan sahaja isu air percuma, bahkan banyak lagi janji-janji yang terdapat dalam manifesto pakatan pembangkang masih tidak tertunai dan mereka tidak pernah peduli dengan janji-janji itu, apa lagi untuk melaksanakannya kerana kemaruk kuasa,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, kerana itu tidak hairan jika sekiranya mereka setiap hari menaburkan janji baru yang tidak munasabah kerana mereka sudah pasti tidak akan menunaikannya, malah sikap berbohong memang telah ada pada diri pemimpin sejak dulu lagi.

Jika Abdul Khalid tidak mampu melaksanakan apa yang telah termaktub dalam manifesto pilihan raya, beliau boleh letak jawatan kerana terbukti Menteri Besar Selangor hari ini seorang yang tidak bertanggungjawab dan menipu rakyat.

“Rakyat Selangor tidak memerlukan seorang pemimpin yang suka bercakap bohong dan tidak bertanggungjawab terhadap janji-janji yang dilafazkan. Abdul Khalid juga tidak layak menjadi menjadi Menteri Besar kerana tidak bertanggungjawab untuk menunaikan janji kepada rakyat.

Ini berbeza dengan kerajaan BN yang bertanggungjawab dengan setiap janji dalam manifesto dengan berusaha untuk menunaikannya seperti mana tema Hari Kebangsaan iaitu ’55 Tahun Janji Ditepati’.

Rakyat yang waras perlu menilai semula kepimpinan pakatan pembangkang di negeri ini dan kita perlu menolak mereka pada pilihan raya umum  yang lalu kerana mereka bukan kerajaan yang amanah dalam melaksanakan janji-janji pilihan raya,” tambahnya lagi.