Thursday 25 October 2012

Lagi Rakyat Selangor Yang Ditipu Bangkit Tuntut Hak


Seramai 150 penduduk pangsapuri Mawar di Taman Bunga Raya dekat sini berkumpul mengadakan demontrasi secara aman menuntut 20 meter padu air percuma daripada kerajaan negeri Selangor petang tadi.

Penduduk menyuarakan rasa tidak berpuashati terhadap kerajaan negeri yang dikatakan gagal menunaikan janji mereka sejak 2008 lalu.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan hadir bersama mendengar rintihan rakyat yang semakin tertekan dengan tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Selain itu, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan turut turun padang menjelaskan isu air yang berlaku ketika ini.

Kamalanathan berkata, rakyat negeri ini semakin sedar akan ketidakjujuran kerajaan negeri membantu mereka setelah memerintah negeri empat tahun.

Katanya, beliau akan menjalankan kerjasama dengan GPRS membantu menjelaskan isu air yang diputar belitkan kerajaan negeri.

Sohaimi berkata, tindakan penduduk mengadakan perhimpunan itu adalah usaha terbaik bagi mendapat penjelasan terkini isu yang berlaku.

“Ramai yang sudah berhubung dengan kita, selain memberikan respon balas di website GPRS dan blog www.hasrat-selangor.blogspot.com , daripada blog, maklumat yang kita dapat akan dikumpulkan dan kumpulan ini makin bertambah dan mereka perlukan khidmat guaman dari rakan-rakan peguam untuk failkan. Kerajaan negeri juga telah menyatakan bahawa mereka sudah bersedia untuk disaman.

Gerakan ini akan berterusan setiap masa, setiap minggu kerana kumpulan-kupulan yang berbeza, dari apartmen-apartmen dan perumahan yang berlainan di kawasan dalam negeri Selangor ini yang kita anggarkan lebih dari 689,000 unit,” ujarnya.

GPRS menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu bertanggungjawab atas janji dan manifesto yang mereka buat dalam PRU12, perlu sama rata memberikan air ini kepada semua rakyat tanpa mengira duduk di rumah flat, teres atau rumah banglo dan perlu membayar kembali mana yang belum mereka lunaskan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk pangsapuri itu, Azman Mad Zain, 42, berkata, selama 50 bulan mereka tidak pernah menikmati air percuma yang dijanjikan dalam manifesto pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Wednesday 24 October 2012

Rakyat Terus Bangkit Tuntut Hak Air Percuma Seperti Yang Dijanjikan


Semakin ramai rakyat Selangor khususnya mereka yang menduduki flat dan pangsapuri sedar dan bangkit menuntut air percuma seperti yang dijanjikan kerajaan pakatan Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hari ini, penduduk Pangsapuri Selayang Height yang mengandungi 500 unit rumah pula menyatakan tuntutan mereka kepada kerajaan negeri.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, rakyat tidak boleh menerima alasan kerajaan Khalid menolak pemberian air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifestonya pada PRU12 yang lalu dengan memberi alasan hanya pengguna meter individu sahaja yang layak menerima, walhal dulu tidak disebut pun syarat-syaratnya.
 
“Ramai sudah sedar dan bangkit menuntut air percuma ini tetapi sehingga kini Khalid masih enggan mempertimbangkan untuk mengagihkan rebet RM11.40 yang tertunggak selama empat tahun kepada pengguna meter pukal.

Migrasi, pemberian kupon atau sebagainya tiada kena menggna dengan tuntutan rakyat terhadap air percuma ini. Rakyat menuntut tunggakan air percuma yang terhutang oleh kerajaan Khalid sejak tahun 2008 hingga kini,” ujarnya selepas demostrasi aman penduduk Selayang Height di sini pagi tadi.

Tambahnya, penduduk berhak menfailkan tuntutan mereka di mahkamah demi mendapatkan hak yang sengaja dinafikan oleh kerajaan negeri.

Mengikut kiraan, setiap isi rumah layak mendapat sebanyak RM570 iaitu tunggakan subsidi bernilai RM11.40 setiap bulan yang didarab selama 50 bulan (bagi tempoh dari Jun 2008 hingga September 2012)

Sebelum ini lima demostrasi telah dibuat iaitu di Aparmen Mentari Court, Bandar Sunway, Apartmen Vista Levander, Kinrara Puchong, Apartmen Angsana Bandar Mahkota Cheras, Apartmen Putra Perdana Puchongdan terakhir di Flat SPNB, Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya Selatan2.

“Kerajaan negeri sepatutnya mencari mekanisme yang sesuai untuk mengagihkan subsidi 20 meter padu air kepada seluruh rakyat di negeri Selangor, bukannya memberi alasan yang dangkal yang jelas menipu rakyat.

Kenyataan Khalid bahawa manifesto pilihanraya bukan janji yang perlu ditunai mendedahkan belang sebenar kerajaan pakatan pembangkang yang sebenarnya langsung tidak boleh dipercayai lagi,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Saturday 13 October 2012

1515 Lagi Tuntut Hak Air Percuma Mereka


Dalam tempoh 30 hari, 5,500 pengguna air di Selangor telah pun menfailkan saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, menteri Besar dan juga pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Peguambela, Kamarudin Ahmad berkata, hari ini seramai 1515 pengguna air Selangor lagi tampil menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi tujuan yang sama.

“Ini merupakan tuntutan yang keempat oleh kumpulan pengguna air dari kawasan Perumahan Flat Putra Perdana, Sepang, perumahan Flat SPNB Taman Medan Petaling Jaya dan perumahan Flat Seksyen 6 Shah Alam.

Jika sebelum ini, 5500 pengguna air dari Palimen Shah Alam, Kelana Jaya, Puchong, Hulu Langat dan Petaling Jaya Selatan telah pun memulakan langkah menfailkan saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, menteri Besar dan juga pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), namun gerakan ini tidak akan berakhir begitu sahaja,” ujarnya kepada pemberita selepas menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.

Tambahnya, dijangka ada 30,000 lagi pengguna air yang akan menfailkan saman tuntutan sebagai menuntut hak mereka sebagaimana yang terkandung dalam manifesto parti pembangkang iaitu setiap rakyat negeri ini yang mempunyai akaun bekalan air adalah layak menerima subsidi sebanyak RM11.40 setiap bulan.

“Lagi 30,000 yang bakal tampil membuat benda yang sama ialah dari kawasan Parlimen Subang, Ampang, Pandan, Gombak dan Serdang pada bulan-bulan yang akan datang. Proses saman tuntutan ini mengambil masa kerana pihak gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) memerlukan masa untuk mengumpul data dan maklumat dari pengguna air di kawasan parlimen berkenaan,” ujarnya lagi.

Sunday 7 October 2012

MB tak berhati perut: Rakyat terus desak air percuma



Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang tidak berhati perut.

Pengerusinya, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, sehingga kini beliau langsung tidak mempedulikan desakan rakyat berpendapatan rendah yang menduduki rumah flat dan pangsapuri untuk turut menikmati skim air percuma.

Apa yang dikesali, pemimpin kerajaan pakatan pembangkang itu langsung tidak mahu turun padang melihat sendiri tuntutan yang dibuat oleh rakyat dalam beberapa demonstrasi aman sebelum ini.

“Malah sehingga kini Abdul Khalid masih enggan mempertimbangkan  untuk mengagihkan rebat RM11.40 yang tertunggak selama empat tahun kepada pemilik meter pukal.

Hari ini penghuni flat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun yang mengandungi lebih 3,000 unit rumah pula menyatakan tuntutan mereka kepada kerajaan negeri,” ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama penduduk flat SPNB Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun mengadakan demostrasi aman menuntut air percuma dari Menteri Besar Selangor, kerajaan negeri dan pihak SYABAS.

Sebelum ini empat demonstrasi secara aman dilakukan penghuni Apartmen Mentari Court, Petaling Jaya; Apartment Vista Lavender, Jalan Klang Lama; Apartment Angsana Bandar Mahkota Cheras dan Apartmen Putra Perdana, Puchong.

Malah penduduk juga bertindak memfailkan tuntutan mereka di mahkamah demi mendapatkan hak yang sengaja dinafikan oleh kerajaan negeri.

Mengikut kiraan, setiap isu rumah layak mendapat sebanyak RM570 iaitu tunggakan subsidi bernilai RM11.40 setiap bulan yang didarab selama 50 bulan (bagi tempoh dari Jun 2008 hingga kini).

Keseluruhan jumlah yang perlu dibayar oleh kerajaan negeri ialah sebanyak RM405,270!

“Selepas ini tuntutan saman akan dibuat oleh penghuni flat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun bagi membuktikan tindakan mereka bukan main-main. Kerajaan negeri sepatutnya mencari mekanisme yang sesuai untuk mengagihkan subsidi 20 meter padu air kepada seluruh rakyat di negeri ini bukan memberi alasan yang dangkal yang jelas menipu rakyat.

Kenyataan Abdul Khalid bahawa manifesto pilihan raya bukan janji yang perlu ditunai mendedahkan belang sebenar kerajaan pakatan pembangkang yang sebenarnya tidak boleh dipercayai lagi.

GPRS percaya, selagi menteri besar masih menutup mata dan berpeluk tubuh, selagi itulah rakyat akan bangkit membuat tuntutan mereka kepada kerajaan negeri,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Tambahnya, tuntutan ini bukan digerakkan oleh GPRS tetapi atas kesedaran rakyat sendiri yang selama ini telah tertipu dengan permainan politik pakatan pembangkang yang bertopengkan slogan Kerajaan Prihatin.

Monday 1 October 2012

Air Percuma: Tuntutan rakyat Selangor semakin memuncak


Tuntutan rakyat negeri Selangor kepada kerajaan negeri yang sehingga kini masih gagal melaksanakan skim air percuma seperti yangdijanjikan pada manifesto pilihan raya umum lalu kepada penghuni flat dan pangsapuri semakin hari  semakin memuncak.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, walaupun setiap minggu penduduk menyuarakan tuntutan melalui demonstrasi secara aman namun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan exconya hanya memekakkan telinga dan membukakan mata.

“Mereka langsung tidak  simpati dengan tuntutan yang dibuat oleh rakyat khususnya berpendapatan rendah yang menhuni rumah flat dan apartmen, sebaliknya tanpa rasa bersalah mengatakan manifesto itu bukan satu perjanjian yang perlu dilaksanakan.

Ini menunjukkan sikap angkuh dan bongkak kerajaan negeri pimpinan PKR yang kononnya melaungkan negeri berkebajikan serta mengamalkan ketelusan dan ketulusan  sebenarnya omong kosong – sekadar ‘gula-gula’ untuk memenangi pilihan raya umum.

Rakyat sebenarnya sudah boleh membuka mata dan boleh menilai sendiri jenis apakah kepimpinan yang diamalkan oleh  pakatan pembangkang di Selangor ini kerana sejak daripada awal lagi kerajaan negeri sudah membuka tembelang mereka,” ujarnya selepas

Tambahnya, sikap membisu Abdul Khalid itu juga menunjukkan kerajaan negeri Selangor hari ini langsung tidak bertanggungjawab dan mengesahkan dakwaan bahawa mereka lebih gemar berpolitik daripada menyelami permasalahan rakyat marhaein.

Hari ini satu lagi siri demonstrasi secara aman dilakukan oleh penghuni Apartment Putra Perdana, Puchong yang menuntut agar mereka juga diberi hak untuk menikmati air percuma  20 meter padu setiap bulan atau kerajaan negeri membayar rebat bermula pada 2008.
Terdapat  11 apartment iaitu Siantan, Rista Villa, Kekwa, Kenanga, Teratai, Dahlia, Anggerik, Semarak, Kiambang, Ruvena dan Rozana yang mengandungi lebih 5,000 unit rumah yang telah dinafikan hak mereka untuk mendapat air percuma tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, pakatan pembangkang berjanji dalam manifesto mereka untuk memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan kepada semua rakyat di Selangor terutamanya golongan sasar dan kurang berkemampuan.

Bagaimanapun selepas menang di Selangor, pakatan pembangkang hanya melaksanakan skim tersebut dalam ‘keadaan tidak sepenuh hati’ itupun  selepas mendapat desakan pelbagai pihak yang menuntut janji tersebut dilaksanakan.

Namun begitu, pelaksanaanya sekadar melepaskan batuk di tangga kerana hanya pengguna yang menggunakan meter individu sahaja menerima skim sir percuma itu, manakala pengguna meter pukal dinafikan hak itu.

Pelaksanaan skim air percuma ini sahaja kerajaan negeri sekarang tidak adil walau parti mereka bernama Parti Keadilan Rakyat kerana kediaman berharga RM3 juta memperoleh keistimewaan itu tetapi kediaman flat dan apartmen terpaksa membayar 20 meter padu air.

“Sebelum ini, tiga demonstrasi secara aman menuntut air percuma telah dibuat oleh penduduk Apartment Mentari Court, Petaling Jaya; Apartment Vista Lavender dan Apartment Angsana Bandar Mahkota Cheras.

Justeru saya mendesak agar Abdul Khalid dan kerajaan negeri Selangor lebih bertanggungjawab dan mengambil berat desakan yang dibuat oleh penduduk Apartment Putra Perdana ini kerana selepas ini satu lagi tuntutan saman akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam,” ujarnya lagi.

Terkini, 11 pangsapuri di Putra Perdana, Puchong melibatkan 5,000 unit pangsapuri yang dinafikan hak mereka untuk mendapat air percuma seperti yang dijanjikan Kerajaan Negeri telah mengadakan bantahan secara aman bertempat di Rista Villa, semalam.

Rata-rata penduduk yang ditemui meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri yang tidak mengendahkan tuntutan yang dibuat penduduk pangsapuri yang tidak berpeluang menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan dengan alasan meter pukal.

Pengerusi Badan Bertindak Pangsapuri Putra Perdana, Rushdan Mohamed berkata, rakyat Selangor memberi mandat kepada PR dengan harapan dapat merealisasikan  manifesto PRU12.

 “Dulu kami berharap kerajaan PR dapat membantu rakyat Selangor, dan bukan sekadar janji air percuma malah pelbagai lagi insentif ditaburkan hanya palsu, kalau janji tidak di kota kami akan tolak bulat-bulat pimpinan ini,”katanya ketika sidang media di Pangsapuri Rista Villa,semalam.

Peguam yang mewakili penduduk, Tetuan Kamarudin dan Partners melalui  peguam Kamarudin Ahmad berkata, sehingga Jumaat lalu sebanyak 4,000 saman telah difailkan terhadap ketiga-tiga defenden  tersebut iaitu Kerajaan Negeri, Menteri Besar dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi menuntut tunggakan subsidi di bawah skim air percuma di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau turut menasihatkan rakyat Selangor agar tidak terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan pihak tidak bertanggung jawab berhubung keupayaan mereka untuk memenangi kes tersebut dan mendakwa sekiranya kalah, Kerajaan Negeri akan menyaman mereka semula.

 “Semua kes telah diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk di adili dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana kes ini bukan fitnah tetapi berdasarkan bukti (manifesto),”katanya.

1300 Lagi Pengguna Air Selangor Saman Khalid Gagap, Kerajaan Selangor & Syabas


Firma Guaman Kamaruddin & Partners, hari ini telah dilantik seramai 1300 pengguna air di negeri Selangor untuk menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah Skim Air Percuma yang dijanjikan dalam manifesto pakatan PKR dan PAS Selangor pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Peguam , Kamarudin Ahmad berkata, tuntutan oleh kumpulan pengguna air hari ini merupakan kumpulan ketiga dari kawasan penduduk Kinrara Puchong, Bukit Mahkota Cheras dan penduduk Seksyen 18, Shah Alam.

“Pihak plaintif yang menghuni flat kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor ke atas plaintif dalam pemberian air percuma kepada pengguna air dalam negeri Selangor. Kerajaan negeri Selangor telah mengutamakan penduduk rumah teres dan bangle dari golongan kelas menengah dan atasan dalam pemberikan skim air percuma ini.

Plaintif-plaintif adalah pengguna meter pukal dan manifesto pakatan PAS dan PKR tersebut menjanjikan bekalan air kegunaan domestic secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat bahawa pengguna air mesti menggunakan meter individu,” ujarnya kepada pemberita selepas menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi di sini.

Tambahnyaa, SYABAS seharusnya telah menukar meter plaintif-plaintif daripada meter pukal kepada meter individu memandangkan kerajaan telah mengarahkan Program Penukaran Meter Individu kepada SYABAS sejak tahun 2007 dan sekiranya Syabas gagal berbuat demikian, ianya bukanlah kesalahan plaintif untuk dinafikan hak penikmatan skim air percuma tersebut.

“Saya hendak jelaskan latar belakang tuntutan plaintif iaitu pada tahun 2008, pengguna air di negeri Selangor terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pertama adalah mereka yang menggunakan meter individu manakala golongan kedua ialah mereka yang menggunakan meter pukal.

Oleh yang demikian, skim air percuma yang dijanjikan dalam manifesto PAS dan PKR Selangor secara automatisnya merangkumi kedua-dua golongan pengguna air.

Sehubungan dengan itu, saman tuntutan plaintif di Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah usaha terakhir pihak plaintif bagi mendapatkan keadilan dan pembelaan dari sistem kehakiman negara memandangkan kerajaan negeri Selangor telah pun membuat keputusan untuk tidak melayan tuntutan hak skim air percuma daripada pengguna meter pukal domestic dalam negeri Selangor.

Dalam masa yang sama, Timbalan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Ameer Firdaus Bin Mohd Shreef berkata, Penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan alasan memandangkan perkara itu telah dijanjikan kepada semua pemilik kediaman di seluruh Selangor sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri ini.

Lebih mengecewakan kerajaan negeri lebih mengutamakan penduduk rumah teres dan rumah banglo daripada golongan kelas menengah dan atasan dalam skim air percuma tersebut, manakala golongan yang lebih memerlukan telah dinafikan hak.

Wakil penduduk Apartmen Lavender Vista, John Dawson berkata, terbukti kerajaan Selangor dan Khalid Ibrahim menipu dan memperdayakan rakyat, khususnya rakyat Selangor dengan mengumpan memberikan air percuma.

“Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Selangor Bersih, Maju Dan Berkebajikan telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Malangnya, selepas diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa pada janji mereka. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan Selangor hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.