Showing posts with label Lavender Vista. Show all posts
Showing posts with label Lavender Vista. Show all posts

Saturday, 8 September 2012

Air Percuma: GPRS Cabar Khalid Ibrahim Tunaikan Janji Atau Letak Jawatan


Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau tidak boleh dan mampu melunaskan janji-janji dalam manifesto PKR dan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, beliau terperanjat dengan kenyataan Menteri Besar baru-baru ini bahawa manifesto air percuma PRU12 yang lalu bukan satu perjanjian.

“Jadi kita nak desak Menteri Besar kalau dia tak boleh tunaikan manifesto parti yang beliau wakili, letak jawatan. Beliau boleh letak jawatan dan bagi tanggungjawab dan amanah tersebut kepada orang yang boleh menunaikan manifesto yang dijanjikan PKR dalam PRU 2008.

Dalam hal ini kita tak cerita dalam banyak hal yang ada dalam manifesto, tetapi kita bercakap dalam satu soal sahaja iaitu air percuma kepada rakyat negeri Selangor yang layak,” ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama dalam demostrasi aman menuntut air percuma oleh penduduk Pangsapuri Vista Lavender di sini hari ini.

Tambahnya, penduduk Lavender Vista berdemostrasi haru ini adakah untuk menuntut hak mereka untuk mendapatkan air percuma seperti yang tercatat dalam manifesto pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

“Jadi di Vista Lavender ini ada lapan blok, semuanya ada 1970 unit rumah yang mewakili beribu-ribu penduduk di sini yang tidak pernah mendapat air percuma sejak 2008, mereka juga layak mendapat air percuma ini.

Apa yang mereka tuntut dari kerajaan negeri jelas. Pertamanya, air percuma secara serta merta dan keduanya, kerajaan negeri bayar RM11.40 kepada setiap individu di kawasan ini bermula dari tahun 2008. Ketiga, kita nak ingatkan kerajaan negeri agat tidak menjadikan alasan meter pukal sebagai helah. Jangan momok-momokkan pemikiran rakyat, jangan tipu dan kelentong rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, jangan jadikan alasan meter pukal untuk tidak memberi air percuma kerana dalam manifesto mereka tidak pernah menyatakan meter pukal dan sebagainya untuk diberikan air percuma. 

“Rakyat di sini bangkit atas kesedaran. Kami di GPRS menyediakan khidmat guaman percuma kepada mereka kalau mereka mahu membuat tuntutan di mahkamah kerana kita sedar sebagai rakyat negeri Selangor yang prihatin, pelaksanakan dalam manifesto mesti dibuat bila kerajaan negeri ditadbir atau menang, manisfesto juga perlu diselaraskan di negeri Selangor tanpa pilih kasih.

Rakyat juga boleh melayari blog www.hasrat-selangor.blogspot.com untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka selain menyalurkan maklumat. Saya harap agar seluruh rakyat Selangor yang belum dapat air percuma ini agar bersama-sama bersatu dengan rakan-rakan kita di Lavender Vista supaya bangkit menuntut hak kita,” ujarnya lagi.

Kerajaan Selangor Kena Tepati Janji Pemberian Air Percuma Kepada Semua Rakyat Tanpa Ada Alasan


Selepas penduduk Apartmen Mentari Court mengadakan demostari aman dua minggu lepas untuk menuntut pampasan air percuma dari kerajaan Selangor, hari ini sekali lagi kerajaan Selangor mendapat desakan bagi tujuan yang sama.

Kira-kira 300 orang penduduk Apartmen Lavender Vista hari ini tampil membuat tuntutan yang sama, menerusi JMB dan Persatuan Penduduk Lavender Vista.

Wakil penduduk, John Dawson berkata, terbukti kerajaan Selangor dan Khalid Ibrahim menipu dan memperdayakan rakyat, khususnya rakyat Selangor dengan mengumpan memberikan air percuma.

“Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Selangor Bersih, Maju Dan Berkebajikan telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Malangnya, selepas diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa pada janji mereka. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan Selangor hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Ini kerana air percuma ini hanya dinikmati oleh pengguna yang menggunakan meter individu, itupun setelah desakan bertubi-tubi oleh pelbagai pihak agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji itu,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan demostrasi aman di sini, hari ini.

Tambahnya, pengguna meter pukal seperti di flat kos renah, pangsapuri dan kondominium kini masih mengigit jari dan kempunan untuk menikmati air percuma ini, hanya kerana  tidak mempunyai meter individu dan ini hanya alasan untuk mengelak dari menanggung kesilapan pentadbiran kerajaan Pakatan Selangor dalam memberi janji.

“demostrasi secar aman yang dilakukan penduduk di pangsapuri Lavender Vista, Kinrara Puchong hari ini adalah manifestasi tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin kerajaan negeri Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma dan sebagai rakyat Selangor, kami tetap menuntut janji yang telah diberikan tanpa ada alasan lain untuk mengelak dari membayarnya.

Tunggakan hutang selama 50 bulan oleh kerajaan Khalid kepada rakyat Selangor mesti ditunaikan dan perlu kami ingatkan bahawa persoalan migrasi meter tiada kena menggena dengan tuntutan kami ini.

Kami tidak akan berhenti menuntut janji ini kerana janji tetap janji kerana kami telah pun memberi undi kami dulu kepada kerajaan Khalid dan sekarang kami menuntut janji tersebut,” ujarnya lagi. - GPRS