Selepas penduduk Apartmen Mentari Court mengadakan demostari aman dua minggu lepas untuk menuntut pampasan air percuma dari kerajaan Selangor, hari ini sekali lagi kerajaan Selangor mendapat desakan bagi tujuan yang sama.
Kira-kira 300 orang penduduk Apartmen Lavender Vista hari ini tampil membuat tuntutan yang sama, menerusi JMB dan Persatuan Penduduk Lavender Vista.
Wakil penduduk, John Dawson berkata, terbukti kerajaan Selangor dan Khalid Ibrahim menipu dan memperdayakan rakyat, khususnya rakyat Selangor dengan mengumpan memberikan air percuma.
“Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Selangor Bersih, Maju Dan Berkebajikan telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.
Malangnya, selepas diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa pada janji mereka. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan Selangor hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.
Ini kerana air percuma ini hanya dinikmati oleh pengguna yang menggunakan meter individu, itupun setelah desakan bertubi-tubi oleh pelbagai pihak agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji itu,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan demostrasi aman di sini, hari ini.
Tambahnya, pengguna meter pukal seperti di flat kos renah, pangsapuri dan kondominium kini masih mengigit jari dan kempunan untuk menikmati air percuma ini, hanya kerana tidak mempunyai meter individu dan ini hanya alasan untuk mengelak dari menanggung kesilapan pentadbiran kerajaan Pakatan Selangor dalam memberi janji.
“demostrasi secar aman yang dilakukan penduduk di pangsapuri Lavender Vista, Kinrara Puchong hari ini adalah manifestasi tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin kerajaan negeri Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma dan sebagai rakyat Selangor, kami tetap menuntut janji yang telah diberikan tanpa ada alasan lain untuk mengelak dari membayarnya.
Tunggakan hutang selama 50 bulan oleh kerajaan Khalid kepada rakyat Selangor mesti ditunaikan dan perlu kami ingatkan bahawa persoalan migrasi meter tiada kena menggena dengan tuntutan kami ini.
Kami tidak akan berhenti menuntut janji ini kerana janji tetap janji kerana kami telah pun memberi undi kami dulu kepada kerajaan Khalid dan sekarang kami menuntut janji tersebut,” ujarnya lagi. - GPRS
No comments:
Post a Comment