Selain kerajaan negeri sebagai defendan pertama, plaintif,
Kamarulazman Kamarudin yang mewakili 2,019 pengguna air lain turut menamakan
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor
Sdn. Bhd. (Syabas) masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.
Mereka memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di
sini pada pukul 9.45 pagi ini melalui Tetuan Kamarudin & Partners.
Dalam masa yang sama, peguam, Kamarudin Ahmad berkata, saman
tuntutan tersebut merupakan yang kumpulan kedua yang dilakukan selepas kumpulan
pertama yang terdiri 711 pengguna air di negeri ini membuat tuntutan berhubung
subsidi air percuma pada 11 September lalu.
Katanya, pihak plaintif yang terdiri daripada penduduk pangsapuri
di kawasan Seksyen 7, Seksyen 18 serta Bukit Subang masing-masing di Shah Alam
serta Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya.
"Pihak plaintif yang menghuni pangsapuri kos rendah sangat
kecewa dengan dasar diskriminasi yang didakwa diamalkan oleh kerajaan negeri
dalam isu pemberian air percuma. Kerajaan negeri telah mengutamakan penduduk
rumah teres dan banglo dari golongan kelas memengah dan atasan dalam Skim air
Percuma ini.
"Pihak plaintif adalah pengguna meter pukal. Manifesto
pakatan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 telah menjanjikan bekalan air kegunaan
domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa
menyatakan syarat bahawa pengguna air mesti menggunakan meter individu,"
katanya.
Selain itu, plaintif turut menuntut satu perintah injunksi
mandatori supaya defendan ketiga mengeluarkan bil-bil air dengan rebat atau
potongan yang dijanjikan kepada plaintif-plaintif.
Pada masa yang sama, saman tuntutan tersebut turut melibatkan
gantirugi membabitkan jumlah sebanyak RM1.1 juta daripada defendan pertama atau
defendan ketiga termasuk faedah pada kadar 4 peratus setahun dari tarikh saman
tuntutan difailkan sehingga penyelesaian penuh.
Jelasnya lagi, pihaknya menjangkakan lebih 2,000 pengguna air dari
kawasan Kinrara, Puchong dan Sungai Long, Hulu Langat akan memfailkan saman
tuntutan yang sama pada Rabu depan.
No comments:
Post a Comment