Saturday, 1 September 2012

Manifesto Putar Alam- MB Selangor Tipu Rakyat Di Ambang Merdeka



Rakyat terperanjat bila Menteri Besar Selangor menyebut manifesto pakatan 2008 bukanlah satu perjanjian, jadi ianya tidaklah perlu ditunaikan.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, amat tidak disangka setelah lebih 55 tahun kita merdeka kita mempunyai Menteri Besar yang memiliki tahap kefahaman sistem pemerintahan demokrasi yang sangat lemah.

“GAPS beranggapan manifesto pakatan 2008 yang tidak perlu ditepati itu adalah manifesto pakatan putar alam yang setaraf dengan manifesto sistem pemerintahan komunis dan sosialis.

Amat menyedihkan 4 tahun lebih DAP, PKR dan Pas memerintah Selangor banyak skandal yang berlaku dari skandal kewangan seperti skandal Talam, Pkns, Yayasan Selangor ke skandal moral seperti Exco telanjang dan penasihat ekonomi beraksi video lucah. Rupa-rupanya ini semua ini dirancang untuk berlaku sesuai kerana manifesto mereka adalah manifesto tempelan, pembohongan dan penipuan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia merdeka kali ke 55, namun Selangor terus berada diambang kebobrokan kerana mempunyai Menteri Besar yang mempunyai mentaliti kepimpinan yang rendah setaraf dengan anak tadika yang baru mengenal erti merdeka.

“GAPS mengulangi pendirian bahawa setiap isi rumah di negeri Selangor tak kira rumah batu, rumah kayu, rumah banglo, rumah teres, rumah condo, rumah apartment, rumah pangsa, semuanya layak menuntut janji 20m3 air percuma dari pentadbiran DAP, PKR, Pas Selangor bermula dari April 2008 hingga ke hari ini sesuai dengan Manifesto pakatan 2008,” ujarnya yang juga mantak Ketua AMK Negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment