Tuesday 11 September 2012

711 Pengguna Air Selangor Mulakan Langkah Saman Kerajaan Negeri


Hari ini seramai 711 pengguna air di Negeri Selangor menfailkan saman tuntutan ke atas kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), ujar peguam, Kamaruddin Ahmad yang mewakili pihak Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) bagi membantu penduduk Selangor dalam urusan guaman mereka.


Ujarnya, asas pertama saman tuntutan plaintif ini bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma kerajaan negeri Selangor ialah Manifesto Pakatan Pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008.

“Manifesto PRU-12 Pakatan amat jelas dibaca dan difahami oleh semua pengguna air sebagai pemberian air percuma untuk 20 meter padu pertama setiap bulan bagi setiap pengguna air domestik di negeri Selangor, tidak kira samada pengguna air tersebut menggunakan meter individu mahupun meter pukal.
 
Asas kedua saman tuntutan plaintif ialah kegagalan kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar (MB) dalam melaksanakan program penukaran meter individu yang diumumkan pada tahun 2007,” ujarnya kepada penberita selepas memfailkan saman tuntutan ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi.

Sehubungan dengan itu, kegagalan kesemua defendan dalam menyelesaikan penukaran meter pukal kepada meter individu dalam tempoh yang munasabah telah menafikan hak pengguna air menikmati skim air percuma.

“Plaintif berpendapat tidak adil dan tidak munasabah kerajaan Negeri Selangor menghukum plaintif secara menafikan hak air percuma sedangkan kegunaan meter pukal sehingga ke hari ini adalah kegagalan kerajaan negeri dan kesemua defendan dalam melaksanakan program penukaran meter air.

Jumlah tuntutan plaintif ialah RM570 seorang (jumlah keseluruhan adalah seramai 711 orang)  menjadikan jumlah besar tuntutan sebanyak RM405, 270 (RM: empat ratus lima ribu, dua ratus tujuh puluh sahaja),” tambahnya.

Dalam perkembangan sama, Firma Guaman Kamaruddin & Partner telah pun dilantik sejak tiga (3) hari lalu oleh seramai 2000 orang pengguna dari Lembah Klang untuk membawa tuntutan sudsidi air mereka ke mahkamah. 

No comments:

Post a Comment