Wednesday, 12 September 2012

Kerajaan Negeri Perlu Bertanggungjawab Atas Janji & Manifesto PRU12- GPRS


Kumpulan pertama 711 pengguna air Selangor yang hari ini menfailkan saman tuntutan kepada Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar dan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini kerana Menteri Besar menyatakan bahawa manifesto bukan satu janji sedangkan pelaksanaan air percuma telah dibuat di negeri Selangor selepas pakatan pembangkang memerintah negeri Selangor tetapi memilih-milih kumpulan yang menerima air percuma ini.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, meraka kan menfailkan saman ini merupakan kumpulan yang tertindas atau mereka yang teraniaya dengan tindakan kerajaan negeri kerana tidak mendapat air percuma, 20 meter padu seperti yang dijanjikan, nilainya RM11.40.

“Ramai yang sudah berhubung dengan kita, selain memberikan respon balas di website GPRS dan blog www.hasrat-selangor.blogspot.com , daripada blog, maklumat yang kita dapat akan dikumpulkan dan kumpulan ini makin bertambah dan mereka perlukan khidmat guaman dari rakan-rakan peguam untuk failkan. Kerajaan negeri juga telah menyatakan bahawa mereka sudah bersedia untuk disaman.

Gerakan ini akan berterusan setiap masa, setiap minggu kerana kumpulan-kupulan yang berbeza, dari apartmen-apartmen dan perumahan yang berlainan di kawasan dalam negeri Selangor ini yang kita anggarkan lebih dari 689,000 unit,” ujarnya kepada pemberita selepas bertemu kumpulan pertama penduduk yang menfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri di Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini hari ini.

GPRS menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu bertanggungjawab atas janji dan manifesto yang mereka buat dalam PRU12, perlu sama rata memberikan air ini kepada semua rakyat tanpa mengira duduk di rumah flat, teres atau rumah banglo dan perlu membayar kembali mana yang belum mereka lunaskan.

“Kalau 50 bulan, lebih kurang RM570 untuk satu pemegang akaun. Kawasan perumahan yang telah kita kenalpasti di Petaling Jaya ada 479 kawasan perumahan, Klang ada 273, Gombak (462), Hulu Langat (84), Kuala Langat (10), Hulu Selangor (23), Kuala Selangor (7) dan Sepang (40). Jumlah keseluruhan 1,378 kawasan perumahan.

Kita minta satu keadilan dan ketelusan seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri untuk ‘negeri berkebajikan’ kononnya, tolong prihatin dan peka terhadap permintaan rakyat Selangor. Mereka tak minta lebih, mereka tak minta kurang, mereka minta hal mereka, hak yang patut mereka dapat dalam manifesto yang dijanjikan,” ujarnya yang juag EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.  

Tuesday, 11 September 2012

711 Pengguna Air Selangor Mulakan Langkah Saman Kerajaan Negeri


Hari ini seramai 711 pengguna air di Negeri Selangor menfailkan saman tuntutan ke atas kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), ujar peguam, Kamaruddin Ahmad yang mewakili pihak Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) bagi membantu penduduk Selangor dalam urusan guaman mereka.


Ujarnya, asas pertama saman tuntutan plaintif ini bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma kerajaan negeri Selangor ialah Manifesto Pakatan Pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008.

“Manifesto PRU-12 Pakatan amat jelas dibaca dan difahami oleh semua pengguna air sebagai pemberian air percuma untuk 20 meter padu pertama setiap bulan bagi setiap pengguna air domestik di negeri Selangor, tidak kira samada pengguna air tersebut menggunakan meter individu mahupun meter pukal.
 
Asas kedua saman tuntutan plaintif ialah kegagalan kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar (MB) dalam melaksanakan program penukaran meter individu yang diumumkan pada tahun 2007,” ujarnya kepada penberita selepas memfailkan saman tuntutan ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi.

Sehubungan dengan itu, kegagalan kesemua defendan dalam menyelesaikan penukaran meter pukal kepada meter individu dalam tempoh yang munasabah telah menafikan hak pengguna air menikmati skim air percuma.

“Plaintif berpendapat tidak adil dan tidak munasabah kerajaan Negeri Selangor menghukum plaintif secara menafikan hak air percuma sedangkan kegunaan meter pukal sehingga ke hari ini adalah kegagalan kerajaan negeri dan kesemua defendan dalam melaksanakan program penukaran meter air.

Jumlah tuntutan plaintif ialah RM570 seorang (jumlah keseluruhan adalah seramai 711 orang)  menjadikan jumlah besar tuntutan sebanyak RM405, 270 (RM: empat ratus lima ribu, dua ratus tujuh puluh sahaja),” tambahnya.

Dalam perkembangan sama, Firma Guaman Kamaruddin & Partner telah pun dilantik sejak tiga (3) hari lalu oleh seramai 2000 orang pengguna dari Lembah Klang untuk membawa tuntutan sudsidi air mereka ke mahkamah. 

Saturday, 8 September 2012

Air Percuma: GPRS Cabar Khalid Ibrahim Tunaikan Janji Atau Letak Jawatan


Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau tidak boleh dan mampu melunaskan janji-janji dalam manifesto PKR dan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, beliau terperanjat dengan kenyataan Menteri Besar baru-baru ini bahawa manifesto air percuma PRU12 yang lalu bukan satu perjanjian.

“Jadi kita nak desak Menteri Besar kalau dia tak boleh tunaikan manifesto parti yang beliau wakili, letak jawatan. Beliau boleh letak jawatan dan bagi tanggungjawab dan amanah tersebut kepada orang yang boleh menunaikan manifesto yang dijanjikan PKR dalam PRU 2008.

Dalam hal ini kita tak cerita dalam banyak hal yang ada dalam manifesto, tetapi kita bercakap dalam satu soal sahaja iaitu air percuma kepada rakyat negeri Selangor yang layak,” ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama dalam demostrasi aman menuntut air percuma oleh penduduk Pangsapuri Vista Lavender di sini hari ini.

Tambahnya, penduduk Lavender Vista berdemostrasi haru ini adakah untuk menuntut hak mereka untuk mendapatkan air percuma seperti yang tercatat dalam manifesto pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

“Jadi di Vista Lavender ini ada lapan blok, semuanya ada 1970 unit rumah yang mewakili beribu-ribu penduduk di sini yang tidak pernah mendapat air percuma sejak 2008, mereka juga layak mendapat air percuma ini.

Apa yang mereka tuntut dari kerajaan negeri jelas. Pertamanya, air percuma secara serta merta dan keduanya, kerajaan negeri bayar RM11.40 kepada setiap individu di kawasan ini bermula dari tahun 2008. Ketiga, kita nak ingatkan kerajaan negeri agat tidak menjadikan alasan meter pukal sebagai helah. Jangan momok-momokkan pemikiran rakyat, jangan tipu dan kelentong rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, jangan jadikan alasan meter pukal untuk tidak memberi air percuma kerana dalam manifesto mereka tidak pernah menyatakan meter pukal dan sebagainya untuk diberikan air percuma. 

“Rakyat di sini bangkit atas kesedaran. Kami di GPRS menyediakan khidmat guaman percuma kepada mereka kalau mereka mahu membuat tuntutan di mahkamah kerana kita sedar sebagai rakyat negeri Selangor yang prihatin, pelaksanakan dalam manifesto mesti dibuat bila kerajaan negeri ditadbir atau menang, manisfesto juga perlu diselaraskan di negeri Selangor tanpa pilih kasih.

Rakyat juga boleh melayari blog www.hasrat-selangor.blogspot.com untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka selain menyalurkan maklumat. Saya harap agar seluruh rakyat Selangor yang belum dapat air percuma ini agar bersama-sama bersatu dengan rakan-rakan kita di Lavender Vista supaya bangkit menuntut hak kita,” ujarnya lagi.

Kerajaan Selangor Kena Tepati Janji Pemberian Air Percuma Kepada Semua Rakyat Tanpa Ada Alasan


Selepas penduduk Apartmen Mentari Court mengadakan demostari aman dua minggu lepas untuk menuntut pampasan air percuma dari kerajaan Selangor, hari ini sekali lagi kerajaan Selangor mendapat desakan bagi tujuan yang sama.

Kira-kira 300 orang penduduk Apartmen Lavender Vista hari ini tampil membuat tuntutan yang sama, menerusi JMB dan Persatuan Penduduk Lavender Vista.

Wakil penduduk, John Dawson berkata, terbukti kerajaan Selangor dan Khalid Ibrahim menipu dan memperdayakan rakyat, khususnya rakyat Selangor dengan mengumpan memberikan air percuma.

“Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Selangor Bersih, Maju Dan Berkebajikan telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Malangnya, selepas diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa pada janji mereka. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan Selangor hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Ini kerana air percuma ini hanya dinikmati oleh pengguna yang menggunakan meter individu, itupun setelah desakan bertubi-tubi oleh pelbagai pihak agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji itu,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan demostrasi aman di sini, hari ini.

Tambahnya, pengguna meter pukal seperti di flat kos renah, pangsapuri dan kondominium kini masih mengigit jari dan kempunan untuk menikmati air percuma ini, hanya kerana  tidak mempunyai meter individu dan ini hanya alasan untuk mengelak dari menanggung kesilapan pentadbiran kerajaan Pakatan Selangor dalam memberi janji.

“demostrasi secar aman yang dilakukan penduduk di pangsapuri Lavender Vista, Kinrara Puchong hari ini adalah manifestasi tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin kerajaan negeri Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma dan sebagai rakyat Selangor, kami tetap menuntut janji yang telah diberikan tanpa ada alasan lain untuk mengelak dari membayarnya.

Tunggakan hutang selama 50 bulan oleh kerajaan Khalid kepada rakyat Selangor mesti ditunaikan dan perlu kami ingatkan bahawa persoalan migrasi meter tiada kena menggena dengan tuntutan kami ini.

Kami tidak akan berhenti menuntut janji ini kerana janji tetap janji kerana kami telah pun memberi undi kami dulu kepada kerajaan Khalid dan sekarang kami menuntut janji tersebut,” ujarnya lagi. - GPRS

Saturday, 1 September 2012

Manifesto Putar Alam- MB Selangor Tipu Rakyat Di Ambang Merdeka



Rakyat terperanjat bila Menteri Besar Selangor menyebut manifesto pakatan 2008 bukanlah satu perjanjian, jadi ianya tidaklah perlu ditunaikan.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, amat tidak disangka setelah lebih 55 tahun kita merdeka kita mempunyai Menteri Besar yang memiliki tahap kefahaman sistem pemerintahan demokrasi yang sangat lemah.

“GAPS beranggapan manifesto pakatan 2008 yang tidak perlu ditepati itu adalah manifesto pakatan putar alam yang setaraf dengan manifesto sistem pemerintahan komunis dan sosialis.

Amat menyedihkan 4 tahun lebih DAP, PKR dan Pas memerintah Selangor banyak skandal yang berlaku dari skandal kewangan seperti skandal Talam, Pkns, Yayasan Selangor ke skandal moral seperti Exco telanjang dan penasihat ekonomi beraksi video lucah. Rupa-rupanya ini semua ini dirancang untuk berlaku sesuai kerana manifesto mereka adalah manifesto tempelan, pembohongan dan penipuan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia merdeka kali ke 55, namun Selangor terus berada diambang kebobrokan kerana mempunyai Menteri Besar yang mempunyai mentaliti kepimpinan yang rendah setaraf dengan anak tadika yang baru mengenal erti merdeka.

“GAPS mengulangi pendirian bahawa setiap isi rumah di negeri Selangor tak kira rumah batu, rumah kayu, rumah banglo, rumah teres, rumah condo, rumah apartment, rumah pangsa, semuanya layak menuntut janji 20m3 air percuma dari pentadbiran DAP, PKR, Pas Selangor bermula dari April 2008 hingga ke hari ini sesuai dengan Manifesto pakatan 2008,” ujarnya yang juga mantak Ketua AMK Negeri Selangor.

Khalid Masuk Perangkap, manifesto pembangkang tidak boleh dipercayai


Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa manifesto parti pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu ‘bukan satu perjanjian’ membuktikan sikap munafik pakatan pembangkang.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, kenyataan Abdul Khalid itu bukan sahaja membuka tembelang Kerajaan Negeri bahkan membuktikan manifesto yang dilaungkan pada pilihan raya umum lalu sehingga berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Selangor tidak boleh pakai.

“Abdul Khalid nampaknya sudah masuk perangkap yang diciptanya sendiri dan kata-katanya kitu membuktikan bahawa kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui PKR hanya bijak menabur janji termasuk memberikan bulan dan bintang  tidak boleh dipercayai lagi.

Rakyat perlu membuka mata pada pilihan raya umum akan datang kerana setiap janji manis yang dizahirkan melalui manifesto pembangkang tidak lebih daripada sekadar ‘gula-gula’ untuk menarik sokongan rakyat semata-mata,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini di sini.

Tambahnya, manifesto adalah  penyataan umum atau deklarasi yang digunakan oleh seseorang atau parti politikyang bertanding pada pilihan raya umum sebagai dasar perjuangan bagi menarik sokongan pengundi.

Melalui manifesto, calon atau parti politik yang bertanding akan dinilai oleh pengundi sama ada orang yang mereka pilih itu nanti akan dapat membawa perubahan atau kemajuan kepada mereka dan merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

“Manifesto yang digariskan itu perlu dilaksanakan sebagai membuktikan kewibawaan dan kredibiliti  individu atau parti politik yang menang kerana kerana manifesto itulah mereka mendapat undi rakyat.

Daripada kenyataan yang diberikan oleh Abdul Khalid secara terbuka itu, jelas manifesto pakatan pembangkang  yang kononnya memperjuangkan ‘Negeri Berkebajikan’ itu hanya retorik semata-mata dan mereka tidak rasa bersalah sedikit pun  kerana membohongi rakyat.

Bukan sahaja isu air percuma, bahkan banyak lagi janji-janji yang terdapat dalam manifesto pakatan pembangkang masih tidak tertunai dan mereka tidak pernah peduli dengan janji-janji itu, apa lagi untuk melaksanakannya kerana kemaruk kuasa,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, kerana itu tidak hairan jika sekiranya mereka setiap hari menaburkan janji baru yang tidak munasabah kerana mereka sudah pasti tidak akan menunaikannya, malah sikap berbohong memang telah ada pada diri pemimpin sejak dulu lagi.

Jika Abdul Khalid tidak mampu melaksanakan apa yang telah termaktub dalam manifesto pilihan raya, beliau boleh letak jawatan kerana terbukti Menteri Besar Selangor hari ini seorang yang tidak bertanggungjawab dan menipu rakyat.

“Rakyat Selangor tidak memerlukan seorang pemimpin yang suka bercakap bohong dan tidak bertanggungjawab terhadap janji-janji yang dilafazkan. Abdul Khalid juga tidak layak menjadi menjadi Menteri Besar kerana tidak bertanggungjawab untuk menunaikan janji kepada rakyat.

Ini berbeza dengan kerajaan BN yang bertanggungjawab dengan setiap janji dalam manifesto dengan berusaha untuk menunaikannya seperti mana tema Hari Kebangsaan iaitu ’55 Tahun Janji Ditepati’.

Rakyat yang waras perlu menilai semula kepimpinan pakatan pembangkang di negeri ini dan kita perlu menolak mereka pada pilihan raya umum  yang lalu kerana mereka bukan kerajaan yang amanah dalam melaksanakan janji-janji pilihan raya,” tambahnya lagi.

Tuesday, 28 August 2012

1,378 Flat, Pangsapuri dan Kondominium Tidak Nikmati Air Percuma



Shah Alam, 28 Ogos– Sebanyak 1,378  kawasan rumah pangsapuri dan kondominium tidak pernah menikmati 20 meter padu air percuma seperti dijanjikan oleh Kerajaan Negeri dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 lalu.

Jesteru, Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menuntut kerajaan negeri Selangor untuk menunaikan janji pilihan raya dengan memberi pampasan kepada isi rumah yang tidak terima air percuma seperti yang dijanjikan ini.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, jumlah tersebut diperoleh hasil daripada aduan dikemukakan oleh rakyat dan juga Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) setakat ini.

“Jumlah tersebut melibatkan kira-kira sebanyak lebih RM300juta kerana Kerajaan Negeri berhutang tunggakan selama 50 bulan sejak PRU12.

“Petaling Jaya merupakan kawasan paling banyak iaitu sebanyak 479 kawasan tidak dapat menikmati subsidi air percuma dijanjikan Kerajaan Negeri diikuti dengan Gombak (462) dan Klang (273).

“Sepatutnya setiap rakyat menerima 20 meter padu setiap bulan seperti dijanjikan atau bersamaan dengan RM11.40,” katanya pada sidang media di pejabat GPRS di Seksyen 19 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad yang menyatakan buat masa ini Kerajaan Negeri tidak akan membayar tunggakan kepada mereka yang tidak menikmati air percuma itu. selain menyalahkan pengguna kerana tidak menukar meter pukal.

“Ini adalah kenyataan dangkal pemimpin pakatan pembangkang yang tidak memikirkan masalah pengguna di flat kos rendah dan apartment yang kebanyakannya berpendapatan kecil. Kegagalan memberikan air percuma secara adil kepada rakyat menunjukkan pakatan pembangkang ketika berjanji pada pilihan raya umum yang lalu, tidak membuat kajian secara menyeluruh,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang.

Tambahnya, sebagai rakyat wajar mereka menikmati dasar air percuma dijanjikan oleh Kerajaan Negeri. Malah berdasarkan manifesto tersebut juga jelas menyatakan bahawa semua penduduk di negeri ini layak menerima air percuma dan tidak dinyatakan meter pukal atau sebaliknya tidak layak menerima.

Beliau turut membidas Kerajaan Negeri yang didakwa menjadikan masalah meter pukal sebagai alasan mengapa rakyat tidak dapat menikmati dasar air percuma tersebut.

“Semua rakyat yang memegang akaun Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sepatutnya menikmati janji tersebut kerana tidak dinyatakan meter pukal tidak layak atau sebagainya.

“Memandangkan mereka yang menggunakan meter pukal tidak dapat menikmati air percuma itu maka wajarlah Kerajaan Negeri membayar tunggakan kepada rakyat. Mana perginya wang lebih RM300juta itu?,” katanya.

Sohaimi berkata, beliau telah mendapat nasihat peguam berhubung perkara tersebut dan difahamkan terdapat klausa tertentu yang membolehkan rakyat untuk menuntut hak mereka.

Katanya, beliau turut melancarkan laman blog  www.hasrat-selangor.blogspot.com untuk dilayari rakyat yang mempunyai sebarang masalah berhubung air.

“Kita akan menyediakan khidmat guaman percuma untuk membantu rakyat berhubung perkara ini demi mendapatkan kembali hak mereka. Malah mereka boleh buat sebarang aduan atau maklumat di laman tersebut di mana kita akan kemaskinikan semua perkara menerusi blog tersebut,” katanya.

Sohaimi berkata, beliau mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memberi respon dalam masa terdekat berhubung isu ini.

Katanya, beliau menyeru rakyat negeri ini untuk sama-sama bangkit kerana banyak janji yang dibuat didakwa tidak ditunaikan oleh Kerajaan Negeri

“Kita mahu Kerajaan Negeri bertindak dalam masa terdekat ini bagi menangani masalah ini. Rakyat juga perlu sedar ini janji bertulis yang dibuat oleh Kerajaan Negeri pada semua rakyat tapi tak dapat dilaksanakan,” katanya.

Residents Of Flats, Apartments & Condominiums Are Neglected !!!


Penghuni pangsapuri tuntut janji air percuma Selangor



PETALING JAYA, 26 Ogos – Selepas empat tahun mentadbir Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) didakwa gagal menepati janji untuk memberikan air percuma kepada penduduk yang menggunakan meter pukal seperti flat kos rendah dan pangsapuri.

Semalam, satu demonstrasi secara aman yang dilakukan oleh penduduk di Pangsapuri Mentari Court sebagai manifestasi rasa tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin Kerajaan Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma.

Selain itu, mereka turut mendesak Kerajaan Negeri membayar tunggakan untuk tempoh 50 bulan sejak Ogos 2008 sehingga September 2012 sebanyak RM570 dalam tempoh seminggu.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama (JMB), Kamarul Azman Kamarudin berkata, pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Negeri Berkebajikan’ telah berjanji memberi air percuma kepada rakyat sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri  sepatutnya membayar hutang bagi tempoh kira-kira 50 bulan sejak skim itu dilaksanakan, dianggarkan berjumlah RM570 kepada setiap isi rumah yang menggunakan meter pukal.

"Malangnya  selepas diberi mandat, mereka lupa janji. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya sekadar melepaskan ‘batuk di tangga’," katanya pada sidang media.

Beliau berkata, air percuma hanya dinikmati pengguna yang menggunakan meter individu.

Katanya, penduduk juga telah beberapa kali menuntut Kerajaan Negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menukar meter pukal kepada meter individu namun pelbagai ‘alasan’ telah diterima.

"Sebagai rakyat atau pengguna, kami berasa amat dukacita atas sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak mempedulikan kepentingan dan nasib penghuni pangsapuri yang  kebanyakannya kurang berkemampuan," katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili mereka, Hasnal Rezua Merican berkata, berdasarkan janji yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan representasi berulang kali, terdapat asas undang-undang untuk mencabar Kerajaan Negeri kerana telah membuat pengharapan yang sah kepada rakyat Selangor bahawa mereka berhak mendapat air percuma.

“Kita akan mulakan tindakan undang-undang untuk memaksa Kerajaan Negeri sama ada memberikan air percuma atau pampasan kepada penduduk dalam satu jumlah yang dirasakan munasabah bagi menggantikan air percuma yang tidak boleh dilaksanakan," katanya.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred memaklumkan, pemberian air percuma hanya layak diberikan kepada penghuni yang mendiami pangsapuri dikategorikan dalam kod 10.

"Penghuni pangsapuri hanya diberi air percuma selepas proses migrasi ke meter individu iaitu ke kod 10," katanya kepada Sinar Harian.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan ketika dihubungi berkata, seluruh rakyat Selangor berhak merasai segala nikmat daripada janji-janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum yang lalu.

"Tiada istilah pilih bulu atau pilih kasih dalam pemberian air percuma. Kalau cuma tahu berjanji tetapi tidak tahu untuk menepatinya, lebih baik jangan cuba untuk berjanji," katanya.


Kami Menuntut Hak Air Percuma ...... 1 Rumah = RM570.00


Air Percuma- Kenapa Penghuni Flat/Pangsapuri & Kondominium Tidak Diberi?





Tawaran Kami Sekiranya Dipilih Di Selangor (2008)